Sulit
3 tahun
Nadi berdegup kdncang
Hi doktor, saya mengambil rawatan HAART sejak 4 bulan lepas. Setiap pagi nadi saya berdegup laju. Saya ada mengambil supplement vitamin c dan magnesium dari farmasi dan kekadang jantung saya berdegup kencang dan rasa ingin pitam. Adakah kesan dari supplement tersebut. Saya hanya makan ikan dan sayuran rebus sahaja sejak mengambil rawatan HAART tersebut. Adakah kesan magnesium berlebihan dalam badan menyebabkan saya jadi begini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, untuk makluman anda, gejala jantung berdebar dan laju boleh disebabkan oleh:
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Hamil
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung atau pernah melaui pembedahan jantung.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!