aidachew
5 tahun
Nafas berat dan badan gementar
Saya wanita berumur 28 tahun. Dalam 2,3 hari ni saya mengalami masalah pernafasan. Nafas terasa berat. Tiada gejala batuk mahupun demam. Saya cuba lakukan teknik pernafasan seperti duduk di atas kerusi dan menarik nafas melalui hidung, hembus melalui mulut. Bila saya buat, terasa kejang di kawasan ibu jari kaki. Kedua, saya baring melunjur. .tarik nafas bebrrapa minit dan jari tangan terasa kebas. Pagi ni saya sesak nafas di iringi dengan rasa gementar. Tq
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































