
Sulit
4 tahun
Nafas berat dan badan kebas dan lemah serta mengantuk
saya wanita berusia 27 tahun…sejak kebelakangan ini nafas saya terasa berat. sehingga susah untuk bernafas .badan terasa kebas dan lemah dan juga mengantuk.saya juag sudah ke hospital. doktor di sana menyatakan bahawa sy mengalami radang tulang rusuk dan tulang rawan. berapa lama kah masa yg diambil untuk sembuh dan bernafas seperti biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis
- Radang tulang rusuk atau selaput dada
- Masalah jantung
- Refluks asid atau GERD
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda dan gejala yang dialami oleh anda juga boleh disebabkan oleh sebab yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Masih mengalami masalah sakit dada dan sesak nafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Berkenaan persoalan anda, sukar untuk kami katakan tempoh masa yang diperlukan untuk sembuh daripada masalah yang dialami oleh anda kerana setiap orang memerlukan tempoh yang berbeza.
Kami sarankan anda melakukan teknik pernafasan yang betul untuk mengawal kesakitan dan kadar pernafasan anda. Sekiranya keadaan semakin melarat, sila kembali ke hospital ataupun pergi ke klinik untuk rawatan susulan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.