Sulit
3 tahun
Nafas berbunyi pada bayi
Doktor kenapa setiap kali anak saya bernafas ada bunyi? Dan setiap kali dia tidur bseolah2 berdengkur?. Tetapi pergerakkan bayi aktif dan pernafasan normal. Mohon penjelasan ya dokter.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi oleh bayi anda. Gejala yang si kecil alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Umumnya bunyi saat bernafas bernafas dan seolah-olah berdengkur waktu tidur boleh tergolong dalam variasi normal, namun ia juga boleh menandakan gangguan yang berpunca dari:
- kelainan struktur saluran pernafasan (i.e. laryngomalacia)
- jangkitan kuman (i.e. adenoid, tonsilitis etc.)
- kelainan paru-paru (i.e. asma)
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Justerus, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Dan kami sarankan anda lakukannya sesegera mungkin agar doktor dapat menilai situasi yang sebenar.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).