
Sulit
2 tahun
Nafas pendek dan ade benjolan dalam hidung
saya lelaki umur 34,salur hidung saya sempit dan kelihatan ade benjolan yang membesar.selepas mengunakan ubat titis hidung…ia akan surut selama 6 ke 7 jam.kemudian akan membesar kembali.saya jugak mengalami nafas pendek,nafas seperti tidak puas.saya pn tak ada sejarah asma atau semput.apakah masalh saya sebenarnya doktor

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah benjolan dalam hidung. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- polip hidung
- folikulitis hidung
- kanser nasofaring
Sekiranya gejala ini masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.