
Sulit
3 tahun
Nafas pendek dan sakit dada selepas hiking
Saya wanita berumur 24 tahun, pada hari ahad lalu saya buat aktiviti mendaki bukit dan dada saya bdebar kencang dan sakit sehingga mnyebabkn saya sesak nafas sehingga ke hari ini … Nafas saya terasa pendek dan di iringi dengan sakit dada,… saya mudah letih walaupun melakukan aktiviti ringan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah sesak nafas dan sakit dada anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sesak nafas, sakit dada dan mudah letih walaupun melakukan aktiviti ringan. Saya akan memberikan maklumat tentang simptom-simptom yang telah anda nyatakan diatas dengan sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, simptom sakit dada, sesak nafas serta mudah letih sangat berkait rapat dengan permasalahan jantung. Namun, bergantung kepada beberapa lagi simptom tambahan yang lain, diagnosis dibawah boleh dijadikan rujukan tentang keadaan yang sedang anda alami:
- Anxiety
- Hypertension
- Panik
- Ketidakhadaman
- Angina
- Serangan jantung
- Arrhythmia
- Pulmonary hypertension
- Aortic stenosis
- Congenital heart diseases
- Jangkitan
- Keradangan.
Sila dapatkan pendapat doktor untuk mengelakkan berlakunya situasi yang tidak diingini. Anda boleh berbincang dengannya tentang simptom-simptom lain yang mungkin sedang dialami namun tidak diketahui.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan maklumat yang lebih spesifik, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar jantung kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi