
Anonymous
6 tahun
Nafas Pendek Masa Baring/Tidur
Saya wanita berusia 20’an. Setiap kali nak tidur, nafas saya secara tiba tiba jadi pendek. Kadang kadang bila tidur, benda ni akan jadi. Benda ni akan jadi setiap seminggu @ 2 minggu sekali.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Nafas pendek atau lebih dikenali dengan nama ‘dyspnea’ merupakan sebuah keadaan di mana individu terbabit berasa sukar untuk bernafas. Mereka akan tercungap-cungap untuk mendapatkan udara.Hal ini kerana ia akan membawa kepada penderita tidak menerima oksigen yang mencukupi kerana kesukaran untuk bernafas. Antara simptom tersebut ialah seperti:
- Dada berasa ketat
- ‘Hungry for air’atau berasa tidak cukup udara
- Sukar mengambil nafas
- Tidak dapat berjalan jarak yang dekat
- Tidak dapat memakai butang baju sendiri
- Nafas pendek ketika baring
- Malam tidur dengan bantal yang banyak ketika berbaring
- Sesak nafas waktu malam
- Jantung berdebar-debar
- Sukar melakukan kerja berat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih