
Sulit
2 tahun
Nafas Saya terasa pendek,dada Saya terasa sempit,ketika Saya bergerak,badan Saya seperti melayang
Saya seorang remaja perempuan,baru-baru ini Saya sering merasa sesak nafas, terutama ketika Saya berbaring,Hal ini menyebabkan Saya sukar untuk tidur…Saya juga merasa sesak jika Saya bergerak terlalu banyak dan sering merasa seperti terhuyung-hayang ketika Saya bergerak banyak.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kesesakan nafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Anemia
- Hipoventilasi akibat obesiti
- Penyakit asma
- COPD
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Anxiety
Memandangkan kesesakan nafas boleh jadi risiko untuk sesuatu keadaan yang merbahaya, maka digalakkan untuk segera berubat. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.