Sulit
4 tahun
Nafas sempit selepas tambah darah
Saya wanita dalam 23 tahun saya mengalami kurang darah merah saya sudah menjalani rawatan di hospital dan sudah tambah darah serta sudah keluar dari hospital 2 hari yang lepas…Saya ingin bertanya adakah nafas sempit itu normal bagi sesorang yang selepas tambah darah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah nafas sempit ataupun kesukaran bernafas. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Gangguan perasaan
- Kekurangan darah atau anaemia
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
- Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.




































