Sulit
5 tahun
Nafas semput and kadang-kadang dada sakit
Hi Doc, Saya berumur 29 tahun. seorang lelaki. saya mengalami kesukaran bernafas sejak PKP dilaksanakan. Sometimes saya rasa saya inhale rasa macam tak puas seperti biasa. 10 years ago saya pernah admit hosp sebab kena pneumonia. Saya tidak batuk and bukan smoker. sy tidak ada masalah kesihatan yang lain dan saya juga tiada demam. apakah penyakit yang saya alami sekarang doc ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sukar bernafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































