
Sulit
4 tahun
Nafas terasa pendek dan tidak cukup dan perlu kerap menarik nafas
Anak perempuan saya berumur 17 tahun. Dia mengadu bahawa nafasnya pendek-pendek. Dia perlu kerap menarik nafas kerana merasakan bahawa nafasnya tidak cukup. Dia juga merasa sukar untuk tidur kerana jika dia berbaring adalah sukar untuk dia menarik nafas. Dia telah mengalami gejala ini selama 2 minggu. Untuk pengetahuan doktor, anak saya tidak mempunyai asma atau sebarang penyakit serius.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterengan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah anak anda iaitu sesak nafas atau nafas yang tidak dapat ditarik terutamanya ketika tengah baring.
Untuk makluman anda, anak anda mungkin menghadapi suatu kondisi bernama orthopnea iaitu kesukaran bernafas ketika baring. Terdapat beberap punca gejala orthopnea ini iaitu:
- Sakit jantung sebelah kiri
- Paru-paru berair
- Keradangan bronkus salur pernafasan (Bronchitis)
- Jangkitan kuman pada paru-paru (Pneumonia)
- Masalah otot pernafasan iaitu diafragma
- Ascites
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan solusi yang sesuai untuk anak anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.