
anieamin80
5 tahun
Nafas tiba2 tersekat
Sya mengalami masalh nafas tiba2 tersekat di kerongkong.adakala nk tekan air liur tiba2 tersekat,dan nafas pun tersekat sma.bla sya urut dada Dan belakang,sendawa xhenti.sperti keadaan angin keluar.smpai rsa nk muntah n terbelahak.air liur pun jdi berbuih bl sya urut lma.apakah sakit sya.dulu sya kuat mkn pedas.pedas yg mlampau.dan jg perokoko.tp dah hmpir 2 bln sya kurang mkn pedas dan berhenti merokok.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Asid refluks (gastrik)
- Radang saluran udara/paru-paru - akibat jerebu atau jangkitan kuman
- Luka pada tekak - akibat kesan makanan pedas dan merokok, asid relfuks atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan - seperti kanser tekak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.