mumymiera94
5 tahun
Nafsu tiada bila bersama suami
Saya tiada nafsu setiap kali suami ajak bersama. Salah satunyaa nafsu saya hilang ketika dia curang.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tiada nafsu ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang merangkumi fizikal mahupun mental. Antaranya:
- kurang komunikasi; anda harus berbincang dengan pasangan tentang kepuasan masing-masing
- psikologi, tertekan dan emosi tidak stabil
- kesan sampingan perancang keluarga pil, suntikan
- Sakit ketika bersama kerana keradangan pada bahagian sulit
Walaubagaimanapun, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































