
Sulit
5 tahun
Najis 4 bulan pesakit brillry Artesia
Anak sedara saya bayi 4 bulan…dia persakit brillry Artesia…dlm 2 Hari ini najis dia warna coklat gelap Ada kehitaman campur hijau lumut…bayi aktif…sebelum ini najis warna normal

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi oleh bayi anda. Untuk makluman puan, najis bayi biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah bayi mempunyai najis yang lebih hijau. Apabila warna najis bayi hijau kekelabuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- boleh menjadi normal lebih-lebih lagi anak anda masih muda
- jenis susu
- masalah saluran biliari (Biliari atresia)
Anda perlu kerap memantau jika gejala ini berlaku kembali. Walaubagaimanapun, jika anda mengalami gejala seperti tidak aktif, kurang menyusu, demam kuning, hilang berat badan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.