
Sulit
3 tahun
Najis ada lendir pekat
Saya mengalami masalah sakit dalam perut dan saya susah nak membuang kerana najis melekat pada lendir putih yang sangat pekat…saya risau dengan keadaan saya sekarang…apa pendapat dan pandangan dari doktor…saya harap dapat membantu saya…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami najis berlendir pekat, sakit perut dan kesukaran membuang najis . Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- keracunan makanan
- Kurang pengambilan zat fiber
- Kurang minum air
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor