
Sulit
4 tahun
Najis anak 4 tahun kelabu / hijau kekelabuan
Assalammualaikum / hai doktor. Anak saya berusia 4 tahun mengalami najis berwarna kelabu / sedikit hijau atau sedikit kuning kelabu. Anak sangat susah memakan nasi atau makanan pepejal. Hanya. Bergantung dengan susu dan sesekali memakan maggi atau makanan proses seperti nugget atau sosej. Adiknya adalah pesakit kanser. Adakah saya perlu risau atau hanya pekara normal? Jika saya bawa ke klinik adakah perlu melakukan saringan darah atau hanya diberi supplement sahaja?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi.Untuk makluman pihak anda, najis bayi biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah bayi mempunyai najis yang lebih hijau. Warna najis bayi yang menyusu dengan susu ibu boleh berubah mengikut pemakanan ibunya.
Walaupun najis hijau atau kelabu biasanya adalah normal, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera jika anak anda mempunyai simptom lain seperti:
- Kerap menangis dan meragam seperti sakit
- Cirit-birit
- Tidak mahu menyusu
- Najis berdarah
- Demam kuning
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.