Anonymous
4 tahun
Najis bercampur darah ketika membuang air besar
Salam doc,
Saya seorang wanita yang berumur 30 tahun dah baru melahirkan anak pada December yang lalu. Selepas melahirkan anak, kadang-kadang akan mengalami sembelit dan saya perasan yang najis saya seperti bercampur dengan darah. Kadang2 ada juga bila saya membuang air besar tiada darah pada najis saya.
Saya takut ingin membuat rawatan lanjut. Boleh saya tahu apa yang menyebabkan hal ini berlaku? Adakah ini berkaitan dengan cancer kerana saya ada beberapa kali membaca artikel2 di internet.
Saya ingin mendapatkan nasihat doktor dulu sebelum mendapatkan rawatan lanjut. Terima kasih doktor.
Ibu anak satu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.