Sulit
4 tahun
Najis berdarah dan sakit dada
Saya remaja 16 tahun sejak kebelakangan ini saya sering sakit perut, jadi saya fikir itu hanya sakit perut biasa.Jadi saya buang air besar seperti biasa tetapi semasa hendak flush saya perasan terdapat darah pada najis saya. Saya fikir itu darah haid tapi bukan. Sehingga hari ini sudah kali keempat saya mengalami perkara ini saya jadi risau sekiranya saya menghidap apa-apa penyakit. Saya juga kerap berasa sakit pada dada kiri. Perkara ini saya telah rasa sejak saya sekolah rendah. Haid saya juga lewat jarak antara satu kitaran melebihi 28 hari kadang 40 hari tapi saya fikir itu bukan masalah kerana saya masih baru. Mohon penjelasan 
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah najis berdarah, sakit dada dan datang haid lewat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah najis berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- penyakit diverticular
- angiodisplasia
- keradangan usus besar
- tumor di usus besar
Selain itu, gejala sakit dada boleh dikaitkan dengan beberapa perkara, antaranya:
- jangkitan kuman dalam paru-paru
- sakit pada bahagian tulang dada
- sakit pada buah dada
- serangan panik
- pedih ulu hati
Justeru, masalah datang haid lewat boleh disebabkan oleh tekanan emosi yang anda alami berfikir tentang simptom-simptom lain yang anda alami, ianya juga boleh berpunca daripada perkara lain yang lebih serius. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.





































