
Sulit
3 tahun
Najis bersaiz kecil dan berkuantiti banyak
Hi doktor.Baru-baru ini adik saya yg berusia 5 tahun tidak selera makan.Najis dia bersaiz kecil dan berkuantiti banyak.Saya bimbang adik saya menghidap penyakit hiv kerana saya pernah berseks dengan RAKAN saya 2 tahun lalu dan saya pernah mengambil hiv test dan resultnya negatif(Saya yg menyuap adik saya makanan setiap hari).Saya harap doctor boleh membantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejal-gejala dari HIV antaranya adalah:
- Demam
- Menggigil
- Ruam
- Berpeluh di waktu malam
- Lenguh badan
- Sakit tekak
- Kepenatan atau lesu
- Noda limfa bengkak
- Ulser mulut
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.