
Sulit
5 tahun
Najis lembut tapi ada darah
saya lelaki … umur 30 … sy ada buasir … mybe tahap 2 atau 3. sy ada makan ubt buasir . tuk kcut kn buasir … alhamdulillah skrg ok sikit . sy berak najis lembut sje . tp axa dara terang …sy nk tau betul kah . darah tu punca dari buasir atau ada masalah lain …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, buasir boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pemakanan serat rendah dan najis berkaliber yang lebih kecil menyebabkan seseorang mengalami ketegangan ketika mengalami membuang najis, meningkatkan tekanan di dalam pembuluh darah.
- Pengambilan cecair yang tidak cukup
- Kehamilan dikaitkan dengan pembengkakan buasir dan mungkin disebabkan oleh tekanan rahim pada rektum dan dubur.
- Perubahan hormon dengan kehamilan boleh melemahkan otot yang menyokong rektum dan dubur.
- Duduk berpanjangan di tandas boleh meningkatkan tekanan di dalam saluran darah buasir
- Obesiti
- Cirit-birit yang akut atau kronik
- Kanser kolon
- Pembedahan rektum sebelum ini
- Kecederaan tulang belakang
- Batuk dan bersin yang teruk
Adalah penting untuk diketahui, bahawa pengambilan ubat buasir tersebut hanyalah bersifat simptomatik yang mana bermaksud ubat tersebut hanyalah bertujuan untuk mengurangkan sakit tetapi bukanlah untuk mengatasi penyebab buasir anda. Justeru, sebaiknya yang dilakukan adalah anda kenalpasti dan atasi punca buasir yang terjadi pada anda sesuai senarai diatas terlebih dahulu serta patuhi arahan pengubatan. Bengkak akan kecut sekitar beberapa minggu seandainya rutin perawatan dilakukan dengan benar.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.