
Sulit
4 tahun
Najis tahi anake wrna hijau lumut
Dictor,anak saya berusia 4 bulan,adakah normal najis anak saya berwarna hijau lumut.untuk makluman anak sayaminum susuformula

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah najis berwarna hijau untuk kanak-kanak berusia 4 bulan boleh disebabkan oleh:
- Kesan sampingan apabila baru tukar ke susu formula
- Kesan makanan yang diambil oleh ibu yang menyusu
- Penyakit kolik
- Masalah bayi kuning
- Jangkitan bakteria
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.