
Sulit
4 tahun
Nak masukkan bearing
Saya lelaki 32th… saya mahu masukkan bearing pada zakar… boleh ke doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang penggunaan bearing di zakar.
Untuk makluman anda, prosedur untuk masukkan bearing di zakar adalah sangat tidak disyorkan kerana ia membawa kepada beberapa komplikasi kesihatan:
Jangkitan kuman: kebanyakan prosedur ini dijalankan tanpa pengawasan anggota kesihatan yang bertauliah, oleh itu ramai yang menggunakan cara yang tidak nyahkuman bagi memasang bearing. Hal ini akan membawa jangkitan kumanyang serius kepada zakar dan boleh menyebabkan masalah kesihatan seksual lain berlaku.
Sakit ketika ereksi
Kemerahan dan bengkak zakar
Kemandulan
Kanser jenis sel squamous
Penggunaan bearing yang asalnya dari penjara oleh banduan banduan adalah untuk menandakan tempoh berapa tahun mereka dihukum. Prosedur ini adalah tidak sihat dan bukan dilakukan oleh pegawai penjara.
Saya amat berharap anda menimbang balik baik dan buruk sbelum melakukan prosedur ini kerana ia boleh memberi banyak masalah kesihatan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.