
Sulit
5 tahun
Nak tahu hamil or tak
Saya last period 2.7.20 sapai sekrg tak datang lagi pastu sye try upt keptsn sye dapat 2line tapi 1line mmg samar2 sgt … blh fikata kan stiap mggu sye try test kptsn tetap sama macam tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya berpendapat terdapat kesilapan pada tarikh kali terakhir anda datang haid. Tetapi, saya beranggapan haid anda lambat menyebabkan anda mengesyaki bahawa anda hamil. Sekiranya anda kurang yakin dengan ujiak kehamilan melalui air kencing (UPT) tersebut, saya sarangkan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi melalukan ujian yang lebih tepat.
Untuk pengetahuan anda juga, selain kehamilan terdapat masalah lain yang boleh menyumbang kepada masalah haid lambat. Antaranya:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih manjut, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.