
Sulit
4 tahun
Nak tahu perbezaan telinga normal atau tidak
Haii sy nk tanya perbezaan telinga normal dan tak normal mcm mn ye sy confius telinga sy ade bunyi saat menelan dan kadang2 ia hilang tiada bunyi adakah normal atau tidak sy risau ngan telinga sy mohon penjelasan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju:
Berdasrkan penerangan yand diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah telinga berbunyi ketika menelan dan kadangkala tidak dapat mendengar. Namun,kami memerlukan informasi lebih lanjut mengenai masalah anda agar kami dapat memberi jawapan yang lebih tepat.
Untuk makluman anda, masalah telinga berbunyi ketika menelan mungkin berpunca daripada salur tiub eustachio yang bermasalah seperti :
- Tersumbat (Eustachian tube dysfunction)
- Jangkitan kuman
- Penyaikit keradangan
Mengenai masalah pendengaran yang tiada bunyi, ia mungkin juga berpunca daripada masalah salur tiub eustachio yang menyebabkan ketidakseimbangan tekanan dalam ruang telinga sehingga menyebabkan bunyi berdengung (Tinnitus) .
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.