
Sulit
4 tahun
Nak tahu sama berisiko untuk terkena hiv?
Hai doc…saya nak tanya…saya dan pasangan kadang2 melakukan seks menggunakan kondom dan kadang2 tk…adakah kami berisiko untuk terkena jangkitan HIV?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Satu-satunya cara untuk HIV merebak adalah melalui cecair tertentu dari badan, di mana berlakunya pertukaran cecair badan daripada individu yang dijangkiti HIV.Tanpa mengira tahap jangkitan, risiko ia merebak tetap wujud. Cecair badan itu meliputi darah, air mani, cecair rektum, cecair faraj dan susu badan.Kerap kali, HIV menjangkiti secara seksual.
Apabila seorang melakukan hubungan seksual tidak selamat atau dengan pasangan yang mungkin HIV positif, cecair dua individu akan bercampur dan virus boleh merebak, terutama apabila terdapat koyakan dalam tisu faraj atau dubur, luka atau jangkitan seksual lain.
Untuk maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.