
Sulit
4 tahun
Nak tahu tahap bacaan gula dalam darah yg normal selepas bersalin
Hi doktor, saya ada 2 soalan…
saya baru melahirkan anak dan saya sedia maklum nanti perlu minum air gula selepas 6minggu bersalin. Boleh saya tahu tahap bacaan normal gula dalam darah selepas bersalin tu? Adakah sama seperti masa buat BSP?
Sebelum ni saya di diagnos GDM on diet. Jadi possibility utk dpt bayi besar tu ada sekiranya tidak jaga makan. Tapi, semasa bayi saya lahir, berat dia hanya 1.98kg sahaja. Kenapa jadi macam tu ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kemusykilan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, bacaan gula normal (normal glucose readings) dalam darah untuk wanita setelah melahirkan, ketika puasa atau tidak makan mengikut garis panduan adalah di bawah 7.0 mmol/L manakala jika bacaan diambil secara rawak secara normalnya adalah di bawah 11.1 mmol/L. Mengenai kelahiran bayi besar (macrosomia), ianya berisiko dan kerap dihadapi oleh ibu yang mengalami diabetes melitus ketika kehamilan. Namun, ada segelintir kes, perkara ini terkecuali atas beberapa faktor seperti keadaan plasenta.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal