
Sulit
3 tahun
Nak tanya mengenai hamil
Assalam / Salam Sejahtera ,
Saya wanita baru berkahwin 3-4 bulan . Pagi tadi saya buat ujian kehamilan , positive . Saya Cuba other brand it’s turn out Negetive . Boleh terangkan maslaah Saya ? & Esok saya ada temu janji untuk vaccine astrazaneca , patut ke saya ambil sekarang sebab Saya nak men dapat zuriat secepat yang mungkin jika boleh .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Mengenai vaksinasi, jika anda merancang untuk hamil, disarankan berbincang dengan pihak kkm sebelum menerima vaksin kerana seperti yang diketahui, jenis vaksin yang dinyatakan tidak sesuai untuk ibu mengandung.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.