
puteribongsu67
5 tahun
Nak tanya pasal pil perancang
saya wanita yg berusia 26 tahun . jadi saya baru gugur n baru di D&c hari isnin minggu lps . jadi saya nak tanya bila kah hari yang sepattnya saya blh makn pil perancang dan blh bersama suami?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Secara amnya, berpantang selepas keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenardan lebi rapi.Tetapi oleh kerana keadaan semasa dan cara kehidupan seharian pada masa kini tidak mengizinkan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yang lama untuk berehat dan menjaga pemakanan. Selalunya untuk wanita yang berkerja doktor hanya memberikan 7 -10 cuti sakit akibat daripada keguguran.
Adalah amat disarankan untuk berunding dengan doktor yang memberi rawatan kepada anda sebelum ini kerana beliau lebih arif akan masalah kesihatan anda dan dapat memberi pandangan beliau dalam hal berpantang ini. Untuk malumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih