Edlin

5 tahun

Nak tanya tentang IUCD

HELLO…i nak tanya tentang perancang keluarga .(IUCD)

Intrauterine contraceptive device, atau IUCD, merupakan sejenis alat pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahim. Jika alat ini dimasukkan dengan betul, peluang kehamilan adalah kurang dari 1%. Justeru ini, IUCD adalah sangat berkesan dalam mencegah kehamilan.

Terdapat dua jenis IUCD dalam pasaran sekarang.

  • IUCD jenis tembaga merupakan IUCD yang boleh digunakan sehingga 5 tahun selepas dimasukkan di dalam rahim. Bahan tembaga berfungsi sebagai toxin untuk membunuh sperma.
  • IUCD jenis hormon, atau lebih dikenali sebagai Mirena, mengandungi hormon yang membunuh sperma. Hormon tersebut juga akan menyebabkan lendir di cerviks menjadi lebih tebal dan sperma akan lebih susah untuk masuk ke dalam rahim. Lapisan rahim juga akan menjadi lebih tebal dan ini akan menghalang penyesewaan dan mencegah kehamilan. Mirena juga membantu mengurangkan gejala perdarahan haid berlebihan dan senggugut. IUCD jenis hormone boleh segunakan sehingga lima tahun.

IUCD adalah sesuai untuk wanita yang tidak ingin mengandung untuk beberapa tahun atau tidak ingin mengandung lagi. IUCD adalah sangat berkesan untuk mecegah kehamilan malah IUCD hormon boleh membantu mengurangkan gejala PMS atau pre-menstrual syndrome.

Anda dinasihatkan untuk merujuk doktor sebelum memasang alat ini untuk memastikan anda sesuai and lebih faham tentang alat ini.

Dr Ilias,

5 tahun

Salam sejahtera. IUCD iaitu alat perancang intra-rahim merupakan sejenis kontraseptif yang digunakan untuk mencegah kehamilan. Terdapat dua jenis IUCD iaitu:

  • IUCD kuprum menyebabkan reaksi keradangan di dalam rahim yang toksik kepada sperma bagi menghalang sperma daripada mencapai telur di dalam saluran falopian.
  • IUCD hormon pula melepaskan progestin yang membantu meningkatkan kelekitan dan ketebalan mukus pangkal rahim. Ini melambatkan pergerakan sperma ke dalam rahim. Hormon progestin juga membantu mengelakkan lapisan rahim daripada menjadi tebal untuk menghalang persenyawaan dan penanaman telur pada dinding rahim.

Kontraseptif IUCD mempunyai keberkesanan melebihi 99% dan merupakan kontraseptif yang paling berkesan bagi mencegah kehamilan. Manfaat lain adalah ia boleh digunakan untuk jangka masa lama, sehingga 5 tahun atau lebih. Sebaik sahaja ia dikeluarkan, anda boleh hamil semula dan ia tidak mengganggu hubungan seks anda. IUCD juga selamat digunakan bagi ibu yang menyusu dan ia alternatif yang bagus bagi wanita yang tidak boleh mengambil pil perancang. IUCD hormon boleh membantu meringankan pendarahan haid dan IUCD kuprum tidak menyebabkan kesan-kesan sampingan hormon.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (0)