
Sulit
4 tahun
Nak tanya tentang ubat escitalopram?
salam sejahtera, bolehkah seseorang turunkan dos ubat (escitalopram) kerana merasakan bahawa kondisi semakin baik. Bolehkah klinik anda memberikan ubat tersebut dan apakah kesan sampingannya ?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Escitalopram merupakan ubat untuk merawat kondisi depresi dan merupakan ubat di bawah kawalan. Untuk menurunkan dos ubat, ianya memerlukan preskripsi daripada seorang doktor yang memerlukan maklumat lebih lanjut daripada pesakit. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan agar boleh memberikan pandangan dan dos yang tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.