Sulit
2 tahun
Nak tau Simptom covid19
Saya adalah contact rapat pesakit COVID-19.saya telah kuarantin 11 hari . Hari yg 12 tekat rasa gatal2. Ada batuk sekali kala. Adakah itu gejala covid 19 ? Adakah saya perlu jalankan swab test kendiri atau ke hospital ?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami gejala kegatalan pada tekak dan batuk selepas tempoh kuarantin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang boleh dikaitkan dengan jangkitan Covid019 ialah :
- Demam
- Sakit kepala
- Selesema
- Batuk
- Sakit tekak
- Sesak nafas
- Sakit perut
- Kehilangan deria rasa dan bau
- Keletihan
- Cirit-birit
Gejala anda boleh berpunca daripada jangkitan Covid. Anda juga memaklumkan bahawa anda ialah kontak rapat pesakit Covid-19. Sebaiknya anda jalankan ujian Covid-19 sama ada ujian PCR, RTK ataupun kit ujian kendiri untuk mengetahui jika anda telah dijangkiti virus ini ataupun tidak. Anda boleh menghubungi CAC berdekatan dengan anda ataupun doktor kami secara atas talian jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini