
Anonymous
5 tahun
Nanah dari salur kencing zakar
i think i’ve been infected with gonorrhea.Terdapat cecair seperti nanah mengalir dr kemaluan dan gatal di salur kencing.Mohon bantuan.Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Sekiranya seorang lelaki menghidap jangkitan gonorrhoea, simtom yang mungkin anda hadapi pada mulanya adalah:
- rasa pedih ketika membuang air kecil
- keluar cecair jernih, setelah beberapa hari
- cecair yang keluar akan menjadi lebih banyak, pekat seperti nanah dan kadang kala bercampur darah.
Untuk mendapatkan rawatan tentang masalah anda, kami perlu melihat keadaan anda sebelum kesimpualan dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih