
Sulit
4 tahun
Nanah di lelangit mulut
Assalamualaikum dan salam sejahtera doc…
Sy ingin menanyakan soalan berkaitan sakit yg sy alami…
Gigi hadapan sy sumbing kerata terjatuh masa zaman kanak2…
Pada tahun 2015, lelangit sy membengkak seperti benjolan kecil…
Sy pernah mendapatkan rawatan di klinik kerajaan bahkan klinik swasta juga…
Dari pemerhatian mereka, mereka menyatakan bahawa benjolan di lelangit sy adalah nanah…
Apabila sy tekan benjolan tersebut dgn kuat, akan keluar cecair nanah tersebut…
Baru2 ini, 6/12/2019, lelangit sy yg berdekatan dengan benjolan tersebut terasa pedih seperti luka…
Adakah berpunca dari nanah tersebut?
Apakah ianya merbahaya??
Adakah sy perlu mencabut gg yg sumbing ini atau melakukan pembedahan pd lelangit??
Sy dahulukn dgn ucapan terima kasih…
-ira-

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan semasa makan makanan yang kering atau bertajam, yang boleh mengeser lelangit mulut anda.
- Cold sores ataupun canker sores
- Jangkitan herpes simplex virus
- Abses (Bisul)
- Kanser mulut
Ianya tidak berkaitan dengan gigi sumbing anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.