
azmey_yusof
5 tahun
Nanah kecil yang tidak sembuh selepas buasir
Saya lelaki berusia 27 tahun. Saya mengalami abscess dicharged yang agak lama selepas perianal abcess saya pecah di tepi bahagian anal. Pada mula, saya mengalami bengkak anus atau mungkin juga buasir disebabkan cirit birit selepas mengkonsum maggi pedas giler. Selepas buang air besar, anus saya terasa panas dan pedih. Keesokannya, terdapat benjolan di tepi anus saya. Saya mengira saya terkena buasir, tetapi ianya abcess. Tetapi ianya pecah pada keesokan harinya. Permasalahan bermula apa bila discharged abcess itu tidak berhenti untuk satu tempoh yang lama. Saya merujuk kepada Jabatan SOPD di hospital kerajaan, tetapi diberitahu tidak ada pembedahan yang perlu dilakukan berikutan abcess yang telah pecah. Saya cuma disarankan untuk dressing. Kini saya hanya meletakkan cotton di tempat luka abcess untuk mengelakkan ketidakselesaan. Saya juga pernah mengkonsum UNASIN (antibiotic), nanah cuma hilang untuk seketika namun kembali semula selepas habis ubat tersebut. Saya gusar jika ianya akan menyebabkan anal fistula. Setakat inj proses pembuangan saya masih lancar, tidak berdarah. Saya buntu adakah ianya buasir / anal abcess / buasir bernanah. Mohon bantuan doktor-doktor sekalian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat antibiotic perlu dihabiskan mengikut masa dan durasi yang telah ditetapkan oleh doktok untuk mengelakkan komplikasi jangkitan yang masih tidak sembuh. Untuk masalah abscess di kawasan lubang anal, rawatan seperti “Incision & Drainage” perlu dilakukan untuk menggalakkan proses penyembuhan di tempat yang terjejas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut & untuk mengetahui sebab atau diagnosis yang sebenar. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh baca lebih lanjut tentang permasalahan yang hampir sama dengan anda di sini. Terima kasih.