
Sulit
5 tahun
Nanah keluar dari kemaluan
Saya lelaki dalam 24’an. Saya nak bertanya. Kemaluan saya keluar nanah. Dan saya sudah pun buat ujian darah. Pada tarih 29.09.19 Semua keadaan normal tiada silipis Dan tiada HIV. Dan kemaluan saya pun sudah elok daripada nanah. Saya ada buat fmly day pada tarih 5.10.19 bersukaneka. 06.10.19 nanah tu kembali balik dari kemaluan saya. Tu menyababkan saya risau sangt dngn keadaan ni. Apa kah penyakit tu doctr?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kelamin
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan kepada penggunaan bahan pencuci atau material kain
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera Klik pada link ini (DoctorOnall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.