
Sulit
2 tahun
Nanostix dan diabetis
Saya lelaki umur 40 tahun. Saya dh berenti merokok 2 tahun tp kembali hisap nanostix 8 bulan yg lepas. Adakah nanostix ini bahaya?
Pada pandangan doktor apakah ubat yg terbaik utk diabetis? Sekarang saya on flucovance 500mg 2biji 2 kali sehari. Saya baru setahun kene diabetis.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penggunaan Nanostix atau vape yang mengandungi nikotin tidak akan menyelesaikan masalah untuk berhenti merokok dalam jangka masa panjang. Vape juga berbahaya kerana ia adalah produk electronik haba yang berpotensi untuk terbakar atau meletup akibat masalah bateri.
Manakala untuk ubat diabetes anda pula, Glucovance 500mg adalah ubat kombinasi anti-diabetes yang mempunyai bahan aktif Metformin dan Glyburide. Kedua-dua bahan aktif ini adalah ubat awal untuk mengawal diabetes selain dari faktor kawalan diet dan senaman. Sekiranya diabetes anda terkawal dan tiada masalah berkaitan dengan ubat ini, anda dinasihatkan untuk meneruskan pengambilan ubat diabetes ini kerana tiada ubat yang dapat menyembuhkan diabetes pada masa kini. Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan privasi mengenai diabetes atau cara berhenti merokok, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.