
Sulit
4 tahun
Nasal spray utk ibu hamil
Hai, saya berumur 29 thn.
before ni mmg pernah ada sinus…bukan jenis yg teruk sgt…
sejak hamil ni sinus tu dtg balik…
so nak tanya
nasal spray Nasonex tu sesuai tak untuk ibu hamil.
Dan jenis apa yang sesuai untuk kmi yg hamil mengatasi masalah sinus ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, ubat yang anda sebutkan di ruangan soalan merupakan ubat steroid berbentuk semburan dan ia memerlukan preskripsi doktor sebelum anda menggunakannya. Kami tidak pasti sama ada ia sesuai untuk digunakan semasa hamil berikutan steroid mempunyai banyak kesan sampingan.
Kami memerlukan maklumat lanjut mengenai masalah kesihatan setiap pesakit sebelum memberikan mereka sebarang ubat terutama ketika sedang hamil kerana sesetengah ubat mempunyai sifat teratogenik di mana ia boleh mengganggu pertumbuhan dan pembentukan organ janin.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui ubat apakah yang sesuai dengan masalah radang sinus anda, anda perlu membuat pemeriksaan bersama doktor terlebih dahulu.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.