sitijumratul
3 tahun
Negative pregnancy test
assalamualaikum … maaf sy nk tnya … sy terakhir dtg tempoh Mei 2020, sejak april sy mkn asid folik smpai sekarang … sy bt upt test tp - ve … rsa mual, muntah, cramp perut … sy rsa ada perubahan dengan perut sy, rsa mcm ketat, rsa sesuatu ada yg xkena…nk kta sy ada pnmbahan berat bdn, xda jg … cuma prut sy rsa mbesar … Klau dduk tlalu lma sy rsa mcm xselesa dsbkn oleh prut sy … sy nk minta pdpt Dr mcmna? adaka folic acid mbuatkn period x dtg atau mcmna ya ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom awal kehamilan adalah seperti:
- Haid lewat
- mual, loya atau muntah
- Saiz payudara besar dan payudara sensitif
- Kerap kencing
- Deria bau lebih sensitif
- Pendarahan spotting
- Keputihan
- Perubahan selera makan atau mengidam
- Keletihan
Simptom-simptom yang dinyatakan di atas boleh juga dialami dalam waktu pra-menstruasi. UPT pula boleh memberikan keputusan negatif jika terlalu awal dalam fasa kehamilan atau apabila bacaan hormon kehamilan terlalu tinggi/rendah. UPT juga boleh menjadi negatif disebabkan masalah teknikal. Folic acid tidka mengganggu kitaran haid anda. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya haid anda masih tidak datang dalam masa 2 minggu. DI klinik. doktor boleh membuat ujian air kencing dan imbasan utrasound. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.