
Sulit
3 tahun
Ngeri miss v ketika kencing atau biarpun masa tidak kencing
hello , saya wanita berumuran sekitar 20an . sejak 4 hari yang lalu sehinggah hari ini saya mengalami ngeri di bahagian miss v . saya pernah juga mengalami begitu sebelum ini tapi cara saya untuk mengubatinya hanya dengan minum air banyak dan ia sembuh dalam sekitar 5 hingga 6 jam. tetapi kali ini ia masih sakit…sehinggahkan saya tidak selesa …setahu saya kalau ada berlaku begini ia disebabkan kurang minum air … apa yang menyebabkan miss v saya ngeri ketika membuang air kecil walaupun semasa duduk miss v masih ngeri?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami sangat memahami kehuatiran dan ketidakselesaan anda berkenaan gejala sakit pada bahagian miss v ketika membuang air kecil. Malah gejala yang sama turut dirasakan semasa sedang duduk. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, sakit yang dialami pada miss v atau faraj ketika membuang air kecil boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- iritasi kulit terhadap produk kebersihan
- dehidrasi
- ubat-ubatan
- inflamasi saluran kencing
Namun begitu, ia juga boleh menandakan kondisi yang lebih serius serta memerlukan pemerhatian doktor selanjutnya seperti:
- jangkitan yis
- bacterial vaginosis
- radang pelvis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.