Sulit
3 tahun
Nipples keluar cecair putih
Saya berumur 24 tahun dan belum berkahwin. Apa punca bahagian nipples macam berkerak putih. Bila picit keluar benda putih kecil-kecil then ada keluar cecair putih. Boleh jelaskan? And saya dah buat pemeriksaan payudara sendiri (PSP), saya dapati breast saya dlm keadaan normal. Tak sakit/bengkak/tak sama size/tiada ketulan. Mohon pencerahan
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan yang bernanah
- Kesan hormon (Normal)
- Rangsangan puting disebabkan oleh aktiviti seharian seperti (tergesek dengan baju)
- Trauma payu dara akibat sukan
- Radang payu dara
- Ketumbuhan payu dara yang tidak agresif
- Kesan sampingan pil perancang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.