Sulit
4 tahun
Nk tukar pil perancang
Sjk bsalin,nurse bg pil Noriday…prnh tukar pil,tp xblh mkn sbb sy alahan teruk…ank dh 3thun skg msih lg pil noriday…sy nk tukar pil,sbb xnk risiko hamil lgi…pil ape yg sesuai tuk Sy…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai anda dan anda juga perlu membuat pemeriksaan kesihatan bersama doktor sebelum dapat menentukan pil perancang atau teknik perancangan keluarga yang sesuai dengan anda.
Selain pil perancang, terdapat beberapa lagi teknik perancangan keluarga yang boleh dibuat seperti:
- IUCD
- Implan
- Suntikan hormon
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda perlu berjumpa doktor terlebih dahulu dan berbincang dengannya sebelum apa-apa tindakan boleh dibuat.
Anda juga boleh mendapatkan penjelasan dari doktor kami di (DoctorOnCall) dengan mendapatkan konsultasi di atas talian. Terima kasih.


































