
barneystasia
5 tahun
Noda pada kepala zakar
Halo doktor, lihat gambar dan beritahu saya apa masalahnya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ini adalah lapangan awam, justeru meletakkan gambar yang bersifat dewasa adalah tidak diperbolehkan. Merujuk kepada pertanyaan anda, noda pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka atau lebam
- Melanosis - seperti tahi lalat
- Dermatitis - keradangan kulit
- Jangkitan penyakit kelamin
- Kanser
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.