
Sulit
3 tahun
Nodus Limfa Membesar pada leher dan menyebabkan ketidakselesaan
saya seorang wanita, berumur 31 tahun. mengalami pembesaran limfa pada leher sejak minggu terakhir bulan puasa (awal mei 2021) sehingga sekarang. Saya telah mendapatkan rawatan dan disyaki Tiroid. Selepas membuat ujian pada darah, didapati tiada masalah pada hormon tiroid. hasil daripada rawatan saya menerima ubat multivitamin untuk mengatasi masalah keletihan melampau. Setelah ujian darah keluar pada 20 mei, saya diberi lagi ubat tambah darah (selama 3 bulan, tapi skrg baru ambil bekalan 1 bulan) kerana terdapat sedikit masalah kekurangan haemoglobin.
Adakah saya berisiko mendapat penyakit Hodgkin@ n on hodgkin?
simptom yang ada terbaru, saya mudah letih, kurang selera makan, berasa panas waktu malam, tekak kering, sukar tidur, terdapat ketidakselesaan pada leher kanan dan kiri dan kadangkala terasa lenguh sehingga belakang leher dan bahu sebelah kanan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda mengalami pembesaran pada leher sehingga menyebabkan ketidakselesaan. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pembesaran pada leher boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kulit
- Radang tekak - pharyngitis
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Kanser tiroid
- Radang tiroid ( thyroiditis )
- Kanser sistem limfa (penyakit Hodgkin)
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.