Anonymous
6 tahun
Norcutin dan aturan haid
Saya period bln lepas 22/6. Saya nak pergi haji 26/7. bagaimana nak atur haid saya supaya 26/7-28/7 saya bersih haod sekiranya 22/7 ini period saya tidak datang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,
Norcutin boleh digunakan untuk melambatkan haid anda sehingga 17 hari. Ia perlu diambil tiga hari sebelum haid anda datang, dan boleh sehingga maksimum 20 hari. Haid anda akan bermula dua hingga tiga hari selepas berhenti Norcutin.
Norcutin selamat digunakan untuk jangka waktu pendek sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa wanita yang tidak sesuai untuk Norcutin. Sebagai contoh, wanita yang berisiko darah pekat, yang tekanan darah tinggi ataupun diabetes. Adalah penting untuk memeriksa dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada anda layak untuk melambatkan haid dengan menggunakan Norcutin ataupun tidak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































