Sulit
4 tahun
Normal ke period saya?
Saya 27 tahun.baru berkahwin pertengahan bulan lepas. Sy period pada 19 hbis period 23 haribulan. Pd hari ke 12 sy dtg period secara tiba2 sewaktu bersetubuh dgn suami. .normal ke? Dan ada rasa sikit sakit ngilu waktu buang air kecil. Kenapa ye? Perkara ini pertama kali terjadi dkt saya period awal serta sakit ngilu kencing
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid sakit ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketidak-seimbangan hormon
- Endometriosis - sel lapisan dinding rahim yang tumbuh ditempat lain
- Masalah ovari - ovari terbelit atau kista ovari
- Fibroid - ketumbuhan sel dalam rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.