
deallelong
4 tahun
Novel Koronovirus Wuhan
Hello. Novel Koronovirus boleh berjangkit melalui kurier tak? Sebab kebanyakan pembelian online banyak yang diorder di China dan kurier dari China. Atau ia hanya berjangkit melalui manusia kepada manusia. Kalau tidak kenapa pembersihan yang teliti dilakukan setiap kali ada jangkitan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, coronavirus adalah sejenis penyakit saluran pernafasan atas. Justeru, ia tersebar melalui cairan saluran pernafasan seperti batuk dan bersin. Antara yang boleh dilakukan bagi melindungi diri anda adalah:
- Menggunakan topeng muka yang bersesuaian
- Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin dengan tisu
- Segera membersihkan tangan dengan sanitizetr ataupun sabun selepas bersentuhan dengan cairan batuk, hingus ataupun bersin.
Akan tetapi, dalam kondisi tertentu, virus ini dapat tersebar melalui sentuhan dan najis. Hal ini dapat terjadi contohnya; sekiranya pesakit bersin tanpa menutup mulut dan hidung, cairan bersin terkena pada tombol pintu. Selang beberapa minit, orang lain datang membuka pintu dengan menyentuh tombol tersebut. Maka, virus akan berpindah kepada individu tersebut dan akan menyebabkan penyakit sekiranya individu tidak membasuh tangan sebelum memegang hidung dan mulut. Maka sebagai langkah berjaga-jaga, anda digalakkan untuk sanitize atau disinfect permukaan-permukaan.
Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.