Sulit
3 tahun
Novomin ( Dimenhydrinate 50mg)
Sy ibu menyusu sepenuh masa utk bayi 2bulan++. Boleh kah sy mengambil ubat Novomin 50mg?sy mengalami gastrik dan muntah2. Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, anda tidak boleh menggunakan ubat yang anda nyatakan semasa tempoh menyusu anak. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan ubat yang sesuai untuk anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.