
Sulit
3 tahun
Nyeri dada pada waktu malam
Saya wanita berumur 22 tahun… sejak kebelakangan ni… dada saya kerap berasa nyeri di tengah dan di sebelah kanan… tetapi sakit rasa seperti dicucuk halus sahaja dan ia selalu berlaku di waktu malam apabila terkena angin kipas yang kuat… kdang2 jugak terasa nyeri di tulang rusuk tetapi semua sakit itu berlaku dalam waktu yang singkat sahaja… apabila di waktu pagi tiada simptom2 sakit tersebut… apakah penyakit yang dialami oleh saya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, nyeri dada di bahagian tengah dan kanan, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Penyakit jantung iskemia, gangguan saluran darah
- Gangguan emosi
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kardiologi.