Sulit
5 tahun
Nyeri dibahagian zakar lelaki dewasa
Saya ada masalah nyeri di bahagian zakar… Ini terjadi apabila saya berdiri atau menahan kencing… Apabila ingin mengurangkan kesakitan saya terpaksa menarik sedikit zakar saya ataupun kena duduk… Sebelum ini saya dijangkiti jangkitan kulat tetapi sudah sembuh… Air kencing sedikit kurang lawas… Adakah saraf atau masalah pengaliran darah berlaku dalam kes saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas dan pedih, antaranya ialah:
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
Untuk membuat kesimpulan tentang masalah anda, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































