
Sulit
3 tahun
Onani bagi perempuan
Adakah disebabkan saya sering beronani saya selalu kencing tak lawas yg berterusan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kencing tidak lawas yang anda hadapi. Secara umum, kegiatan onani atau seks berlebihan boleh meningkatkan sensitiviti pada saluran kencing. Namun, kami memerlukan maklumat tambahan daripada anda sebelum membuat sebarang kesimpulan tentang hal ini. Untuk makluman anda, amnya, masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Sila berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera jika anda mengalami:
- Sakit semasa membuang air kecil
- Sakit pada bahagian bawah perut
- Kerap rasa nak kencing walaupun kuantitinya sedikit
- Kencing berbau busuk
- Air kencing mengandungi darah
- Sakit ketika melakukan hubungan seks
- Air kencing keruh
- Demam dan menggigil.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran dengan mendapatkan pendapat daripada doktor pakar bertauliah kami